06 Mei 2011 - Puspanita Jerantut kehilangan seorang teman yang amat bermakna iaitu Timbalan Pengerusi Puspanita Jerantut, Pn Hanafizah binti Idris. Beliau akan berpindah ke Seremban, Negeri Sembilan kerana mengikut suami yang ditugaskan di sana. Satu Majlis Perpisahan telah diadakan di Kediaman Pegawai Daerah Jerantut. Majlis yang bertemakan "Garden Party" dihadiri oleh ahli-ahli Puspanita Jerantut seawal jam 3.00 petang.
Majlis juga diserikan lagi dengan nyanyian selingan oleh ahli-ahli Puspanita Jerantut yang sudi untuk mendendangkan beberapa lagu. Majlis ini telah berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 6.00 petang. Semoga ukhuwah yang terjalin antara ahli-ahli Puspanita Jerantut dengan Pn Hanafizah akan terus mekar mewangi buat selamanya. Kami, Puspanita Jerantut merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan mendoakan semoga beliau berjaya dan dirahmati Allah selalu. Puspanita Jerantut akan merinduimu selalu....
No comments:
Post a Comment