Monday, 28 February 2011

Majlis Sambutan Jubli Perak Sempena Mesyuarat Agung Puspanita Jerantut

25 Feb 2011 - Majlis Sambutan Jubli Perak Puspanita Jerantut telah diadakan di Dewan Majlis Daerah Jerantut. Majlis ini bersempena dengan Mesyuarat Agung Puspanita Jerantut. Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Perak Puspanita Jerantut telah disempurnakan oleh Y.H. Dato' Mohamad Roslan bin Harun, DIMP., SMP., Penasihat Puspanita Jerantut, merangkap Pegawai Daerah Jerantut. Dalam ucapan, beliau menyarankan agar semua penjawat awam memberi komitmen yang jitu terhadap Puspanita.

Sebelum majlis ini, telah dijalankan Mesyuarat Agung Puspanita Jerantut kali ke-25 yang telah dipengerusikan oleh Y.Bhg. Datin Kamariah binti Daud. Pendaftaran ahli telah bermula seawal jam 2.30 petang. Seterusnya mesyuarat telah dapat bermula pada jam 3.00 petang yang dihadiri oleh penjawat awam wanita dari semua jabatan di Daerah Jerantut.

 









No comments:

Post a Comment